Pangkat bersejarah Lencana pangkat pegawai Tentera Darat British

  • Kapten Jeneral (s. abad ke-17): seorang Jeneral penuh.
  • Sarjan Mejar Jeneral (s. abad ke-17): dipendekkan ke Mejar Jeneral.
  • Kapten leftenan (s. abad ke-17 & 18): iaitu leftenan kompeni pertama dalam sebuah rejimen, yang kaptennya dipegang oleh kolonel rejimen. Pada kenaikkan pangkat ke kapten penuh, tempoh pangkat ini dianggap sebagai kapten penuh untuk tujuan gaji dan pencen, kerana dia memimpin kompeni itu dengan berkesan.
  • Ensain: pangkat subaltern terendah dalam rejimen infantri; digantikan pada 1871 oleh leftenan kedua, tetapi masih digunakan untuk merujuk kepada leftenan kedua dalam beberapa rejimen Pengawal.
  • Kornet: pegawai kavalri setaraf ensain digantikan pada 1871 oleh leftenan kedua, tetapi masih digunakan untuk merujuk kepada leftenan kedua dalam beberapa rejimen kavalri, termasuk Blues and Royals dan The Queen's Royal Hussars.